March 03, 2011

Pentingnya air di dalam tubuh..

Tubuh akan hilang 1.7 liter air satu hari melalui proses pernafasan dan kumbuhan.

Kenapa air terlalu penting kepada tubuh manusia?
Otak kita mengandungi 90% air
*Lihat di sekolah, anak siapa yang selalu menjinjing botol air? Dan anak siapa yang selalunya bijak?

Otot kita 75% air
Tulang kita 22% air
Darah kita 83% air
Air menstabilkan suhu badan
Air mengangkut nutrisi dan oksigen ke dalam sel
Air melembabkan udara dalam paru-paru
Air meningkatkan kadar metabolisma!
Air melindungi organ-organ
Air membantu organ-organ untuk serap nutrisi dengan baik
Air melindungi dan melembabkan rawan

Apa yang berlaku sekiranya kita kekurangan air?
Tubuh selalu kepenatan
Sakit kepala yang kerap atau migrain
Sembelit
Ketegangan otot
Tekanan darah yang tidak seimbang
Masalah buah pinggang
Kulit kering
Risiko Kematian

*p/s:
setiap 25kg berat badan anda, anda perlu minum air kosongsekurang-kurangnya 1 liter

*Contoh: Berat 50kg, perlukan 2 liter air

Sumber: Klik di sini

WGG

Oleh kerana merasa kurang minum air sewaktu bekerja, tiba-tiba saya mempunyai keinginan untuk google tentang kepentingan air di dalam tubuh manusia. 


Sewaktu di dalam pejabat, pagi saya minum kopi, petang pun minum kopi. Saya minum air kosong selepas makan tengah hari dan petang dan kadang-kadang minum sebelum tidur dan bangun pagi. Kira-kira lima gelas (200ml) untuk satu hari (24 jam), bererti saya minum ari kosong lebih kurang 1 liter satu hari, berat badan saya 57kg, bererti saya harus minum lebih dari 2 liter sehari.


Bagaimana dengan anda? Mari kita mengamalkan cara hidup sihat.

0 comments:

 
;