Semasa menonton paparan 999 di TV3 sebentar tadi, saya amat tertarik dengan paparan kes memproses dadah jenis syabu di Pulau Pinang. Persoalan yang timbul di dalam fikiran saya. Apakah itu syabu? Kenapa syabu begitu 'popular' di Malaysia? Serta kesannya ke atas pengguna dadah jenis syabu.
Berikut ialah hasil yang saya google sebentar tadi
Sumber: www.sabah.org.my
APAKAH ITU SYABU?
SYABU ialah nama panggilan (street name), iaitu sejenis dadah. yang berada dalam kumpulan SUMUIAN yang mana istilah saintifiknya "dMethamphetamine hydrochloride".
Perkataan syabu sebenamya berasal daripada bahasa Tagalog di negara Filipina dan ianya telah menjadi satu nama yang popular digunakan di Sabah oleh kerana pengaruh pengguna -pengguna dan pengedar-pengedar 'pioneer' di Sabah yang terdiri daripada pendatang tanpa izin yang berbangsa Filipin.
Penggilan-panggilan lain yang digunakan oleh pengguna-pengguna di pasaran Sabah dan luar Sabah adalah seperti berikut:-

- ICE
- GLASS
- CRACK METH
- HIROPONG
- BATU (STONES)
KESAN-KESAN ATAU AKIBAT PENYALAHGUNAAN SYABU [METHAMPHETAMINE]
Kesan-kesan negatif syabu dibahagikan kepada dua jenis iaitu jangka masa pendek dan masa panjang. Kesan negatif jangka masa pendek adalah seperti berikut:
- Khayalan atau halusianasi pada penghilatan dan pendengaran;
- Perangai cepat marah, resah dan perasaan tidak tenang;
- Kenaikan suhu badan dan tekanan darah tinggi; dan
- Bersifat agresif.
Akibat jangka masa panjang adalah seperti berikut:
- Kerosakan pada saraf otak dan mengalami angin ahmar (strok);
- Kurang siuman dan mengalami gangguan mental;
- Keracunan pada sistem saraf tunjang;
- Pergantungan psikologikal keatas Syabu dan rasa tidak boleh hidup tanpanya;
- Mendatangkan kerosakan pada tisu yang teruk dan boleh membawa maut; dan
- Boleh mengakibatkan sejenis penyakit neurologi seakan-akan Parkinson's Disease' yang sukar diubati.

0 comments:
Post a Comment