Malam ini saya dikelilingi oleh peminat Liverpool, mereka telah berkumpul depan kaca televisyen di rumah saya sejak dari pukul tujuh petang tadi. Petang ini, lupakan kerja lebih masa, gara-gara pasukan pujaan mereka bermain menentang Manchester United. Dan... hanya saya seorang sahaja penyokong Manchester di sini. Wah.. bukan main lagi mereka... Di dalam padang bukannya 7 lawan 1. Haaa...
Walau bagaimanapun, kadang-kadang seronok berkumpul sebegini, dan beginilah rutin hujung minggu di bilik saya, sentiasa dilawati peminat setia bola sepak Liga England. Minggu lepas saya tewas kepada peminat Chelsea, tetapi mereka di luar tu (peminat Liverpool) tewas kepada West Ham United.. muahhaaaa...
Apa-apapun, kita tunggu sampai perlawanan malam ini tamat.. Lihat siapa menang! (Bersyukur kerana Arsenal seri baru-baru ini)


0 comments:
Post a Comment