March 19, 2011

Sakit Nyamuk Kot!

Hari ini saya difahamkan bahawa hanya dua daripada lapan kerani ditempat kerja saya menjalankan tugas sejak dua hari lepas, selebihnya ada yang sedang bercuti dan tiga daripada mereka mengambil cuti kerana demam alias cuti sakit. Kem dilanda demam! Itulah sms yang saya terima..

Saya membatalkan hasrat untuk balik ke tempat kerja walaupun cuti telah berakhir, tanda-tanda penyakit lebih kepada demam yang berkemungkinan berpunca daripada nyamuk.  

Saya berpatah balik ke Miri untuk menjalankan medical check up sebelum meneruskan perjalan ke tempat kerja untuk mengenalpasti tahap kesihatan sekarang ini.

'Kenapa tak complaint ke klinik berdekatan' balas saya melalui sms kepada rakan sekerja. Memandangkan hanya dua masih dalam keadaan sihat dan terpaksa menundakan cuti untuk bulan ini, mereka layak diberi anugerah antibodi paling kuat. haaa...

0 comments:

 
;