Woww seronoknya dapat pergi dan membuat lawatan atas urusan kerja ke operation site, biasalah duduk dalam pejabat sahaja dan hari ini adalah pertama kali saya pergi ke sana sejak 8 bulan bekerja ditempat yang baru ini.
Memang menyeronokan di sana dan dapat mengenal pekerja dengan lebih dekat lagi. Selama ini hanya tahu pada nama sahaja tanpa mengenali pekerja berkenaan.
Sempat juga makan petang di sana sambil menghirup udara segar dan persekitaran yang memang cool. Gambar tidak boleh dimuatkan di sini. Takut pihak syarikat marah.. haaaa....
Ramai orang berharap dapat pekerjaan di bandar tetapi saya tidak, kerana rezeki ada di mana-mana. Sekiranya saya ditawarkan bekerja di bandar, ianya satu bonus bagi saya tetapi apa yang saya nikmati sekarang ini adalah satu pengalaman yang amat saya hargai. dan tidak semua orang akan dapat. Sebaik sahaja tamat belajar, bermulalah pengalaman saya di mana saya perolehi di luar bandar. Bermula dari kerja, hingga ke khidmat masyarakat, semuanya dijalani dengan baik dan lancar.
Selagi anda mencintai pekerjaan anda, di manapun anda ditempatkan, percayalah anda tidak akan berasa bosan. Sebaliknya anda akan menikmatinya dengan gembira dan teruja.
Walaupun letih tapi menyeronokkan...


0 comments:
Post a Comment