Ketua guru disiplin sekolah dituduh cabul 11 pelajar
04/03/2011 11:42am
KUALA LUMPUR 4 Mac – Ketua guru disiplin di sebuah sekolah menengah di Pandan Indah, Ampang di sini mengaku tidak bersalah atas 11 pertuduhan mencabul 11 pelajar berusia antara 15 dan 16 tahun, bulan lalu.
Majistret Azaraorni Abd Rahman membenarkan tertuduh, Ismazi @ Megat Ismazi Ismail, 49, yang berasal dari Pulau Pinang dijamin RM11,000 dengan seorang penjamin untuk semua pertuduhan. – Utusan
WGG
Petikan dari keratan akhbar di atas sedikit sebanyak mencalarkan imej para pendidik tanah air yang selama ini diberi tanggungjawab untuk membentuk pelbagai generasi di alam persekolahan untuk menjadi insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Saya tidak dapat membayangkan kenapa situasi ini mesti berlaku di antara guru dan pelajarnya kerana saya rasa ilmu perguruan yang dipelajari sudah cukup mematangkan para pendidik dengan tanggjawab mereka.


0 comments:
Post a Comment