March 25, 2011

Isu Video Seks atau Isu Tanah...

Klik untuk membaca laporan ini mengenai video seks yang didakwa membabitkan Anuar Ibrahim. 

Siasatan sedang dilakukan dan pelakon porno tersebut disahkan oleh beberapa individu sahaja. Kebenarannya belum disahkan lagi. 

Dalam politik macam-macam boleh berlaku, gila kuasa, populariti, wang dan kekayaan boleh memungkinkan segala perkara terjadi termasuk memfitnah dan menjatuhkan orang lain.  Dalam politik, orang yang kuat tidak semestinya konsisten untuk meneraju politik tanah air, adakalanya jatuh dan ada yang datang kemudian ia akan didahulukan dan yang datang dahulu ia mungkin akan dikemudiankan.

Sebagai rakyat, pemikiran rasional harus diutamakan. Dalam konteks Negara Berkerajaan, bererti kerajaan adalah penting untuk mentadbir negara dan membuat segala keputusan yang berkaitan dengan kemajuan  dan masa depan sesebuah negara. Tetapi adakah ia untuk negara atau rakyat?  Sekiranya tindakan kerajaan tidak tepat dan betul, maka wujudlah kata 'pembangkang' sebagai suara minoriti dikalangan rakyat.

Pembangkang adalah membantu dari segi ketidakpuasan hati rakyat. Bayangkan sekiranya keseluruhan kerusi Parlimen diduduki Barisan Nasional? Fuhh.. rakyat pun ikut burit jer.. Macam anak-anak itik berenang mengikut ibu mereka.

Penentangan terhadap Kerajaan melambangkan ketidakpuasan hati bukan kebencian muktlak terhadap pemimpin negara atau negeri. Adakalanya pemimpin parti pembangkang memainkan peranan yang penting dan kadang-kadang ia juga memuakkan dan mejijikkan rakyat walaupun berkreabiliti tinggi. Sama juga dengan kerajaan. Kenyataan yang memburukkan kerajaan ada juga kebenarannya dan boleh mempengaruhi penilaian rakyat terhadap kewibawaan kepimpinan BN.

Isu yang menarik perhatian saya sekarang ini adalah.. opss bukan isu video seks yang tengah top sekarang ini tetapi isu tanah yang dibangkitkan oleh PKR di Sarawak.  

0 comments:

 
;