Rakyat Sarawak harus berwaspada dan memiliki penilaian yang kukuh dalam pilihan raya kali. Maklumat-maklumat, dakwaan-dakwaan dan janji-janji dari Parti bertanding harus dinilai dengan akal dan fikiran secara mendalam tanpa beremosi untuk mengelak kekecewaan di masa akan datang.
Apa yang dihadapi oleh semua pemimpin parti sekarang ini ialah 'nasib' mereka di tangan kita sebagai rakyat dan pengudi. Proses membuang undi akan diadakan pada 16 April 2011 dan kita masih banyak masa untuk kita membuat penilaian terhadap parti bertanding. Kita ada dua cuping telinga, untuk itu kita wajar mendengar apa sahaja dari kedua-dua parti dan dinilai secara bijak.
Dari isu tanah NCR yang dibangkitkan dan dakwaan perampasan tanah dari tangan rakyat sehingga mendatangkan kekayaan kepada pemimpin kerajaan secara berkeroni harus dinilai dengan sebaik mungkin. Penundingan jari tanpa bukti yang sah adalah satu perbuatan yang sia-sia dan membuatkan rakyat dalam 'delima politik'.


0 comments:
Post a Comment