March 18, 2011

Bank Tepi Sungai

Pada hari Isnin lepas saya berurusan dengan pelbagai bank untuk memudahkan saya  mempunyai banyak pilihan semasa melakukan online banking, semua kemudahan kredit serta pekhidmatan yang ditawarkan sudah saya pelajari dan kaji di dalam internet.  Urusniaga melalui internet memberi banyak kelebihan kepada semua orang dan termasuk saya lebih-lebih lagi pegerakan saya ke bandar terhad kerana saya bekerja di kawasan pedalaman.

Untuk menjadi pemengang akaun bank tidak begitu sukar kerana simpanan minimum yang dikehendaki tidak terlalu banyak.  Namun saya agak kecewa dengan layanan bank tepi sungai Kamena, Bintulu...

Hampir pukul sepuluh bagi saya pergi ke bank berkenaan..

Tempat: Kuanter Petanyaan
Saya: Encik, saya mau buka akaun baru, mana satu kaunter?
Budak office: Kalau tak silap saya kaunter 5 atau 6?

Jawapannya sedikit membuat saya berasa keliru, kerana menurut saya, dia main agak-agak, saya sedar hari isnin adalah hari yang sibuk terutama bagi perniagaan / perbankan yang menjalankan aktiviti perkhidmatan kaunter..

Dalam keadaan bingung (macam orang bodoh) saya duduk di kerusi, saya lihat kedua-dua kaunter berkenaan kosong dan saya bertanya kepada 'encik' yang di kaunter 6. 

Jawapannya: Mana-mana kaunter pun boleh buka akaun (tanpa menoleh ke arah saya). Kenapa mereka ni sombong betul ya.. Saya tau saya bukan nak simpan duit berjuta-juta dalam bank berkenaan, memandangkan saya memerlukan perkhidmatan Direct Debit (kebetulan ada loan kereta kat bank tu), ianya merupakan satu keperluan bagi saya juga, kalau tidak saya tidak akan mungkin pergi ke situ.

Kemudian saya ambil nombor untuk berbaris.. Saya tekan huruf E (kalau tidak silap), untuk pelanggan yang ingin buka akaun.

Budak kaunter: Tunggu encik, TUUUNGGUUU... (suaranya meninggi), sambil mengambil kertas dari saya dan membuangnya.. Saya sangat malu...

Kemudian saya beredar dari situ dan tidak dapat apa yang saya inginkan. Hari berikutnya saya ingin pergi ke sana lagi, namun saya batalkan hasrat saya apabila teringatkan sikap sombong bodoh seperti itu.

Namun saya berasa bangga dan dihargai apabila berurusan dengan CIMB dan HSBC. Pegawai di kedua-dua bank tersebut memberi perkhidmatan 5 stars kepada saya..

0 comments:

 
;