Hari ini, terjah sana terjah sini! Fuhh.. semua kes Video Sex yang melibatkan Anuar Ibrahim iaitu bakal Perdana Menteri Malaysia alias ketua pembangkang. Mungkin bukan saya sahaja tidak faham kenapa orang kuat politik yang berjuang untuk rakyat melalui lambang KEADILAN ini seolah-olah merosakan susu sebelanga dengan setitik nila.
Kesannya sudah tentu merencatkan atau mencacatkan Pilihan Raya di Sarawak yang akan berlangsung tidak lama lagi. Saya menantikan komen Baru Bian, PKR Sarawak mengenai isu ini. PKR merupakan parti pembangkang selain DAP yang ada pontensi untuk menang di Sarawak. Kes ini sedikit sebanyak melunturkan kepercayaan rakyat kepada parti pembangkang khasnya PKR yang dipimpin oleh Baru Bian.
Sejak akhir-akhir ini saya ingin melihat kemenangan demi kemenangan pembangkang di Sarawak bukan kerana saya tidak mempercayai kerajaan dalam menentukan struktur pembangunaan negari Sarawak tetapi ingin melihat calon dan pucuk kepimpinan yang telus, jujur dan amanah untuk memajukan negeri ini yang kaya dari pelbagai segi. Oleh itu, kemenangan pembangkang di dalam beberapa kerusi DUN berkemungkinan akan memberi tentangan dan cabaran untuk kerajaan bekerja untuk rakyat dengan lebih kuat lagi...
Video sex ini adalah satu yang memalukan dan seolah-olah Anuar Ibrahim menidakan peranan isterinya di malam hari. Huhuhu...


0 comments:
Post a Comment