Cuti Cuti Malaysia kali ini mengimbas kenanagan sewaktu di kolej lebih sepuluh tahun yang lalu. Bertemu dengan rakan sekuliah dan berkongsi kisah suka dan duka semasa menimba ilmu adalah sesuatu kenangan yang amat mengujakan dan betul-betul terpahat di dalam hati.
Berasal dari keluarga yang serba kekurangan di mana kedua-dua orang tua kami bekerja sebagai seorang petani tidak mematahkan semangat kami ketika itu, pernah sesekali makan nasi putih dan bekuahkan sup halia tanpa ajinomoto. Namun semua itu tidak melenturkan semangat belajar kami dan sabahat saya sekarang sudah bekerja di Lembaga Hasil Dalam Negeri di Bintulu, Sarawak dan sedang menikmati kehidupan yang selesa sama seperti saya.
"Kekayaan bukanlah sesuatu yang perlu dikejar tetapi kepuasan dalam kehidupan yang perlu dicari." Itulah katanya dalam beberapa hari ini dan sekaligus mengingatkan saya di mana asal usul saya. Jika dulu moto kami ialah Belajar,belajar dan belajar!


0 comments:
Post a Comment