Malam ini malam terakhir tahun 2010. Sedih juga nak tinggal tahun ni, banyak juga kenangan yang tertulis dalam tahun keramat tu. Semuanya indah belaka dan tak mungkin untuk dilupakan.. Dalam tahun 2010 ni kehidupan aku nampaknya dah diperbaharui dan berjaya mencatat tahun terindah dalam hidup aku. Macam tak percaya 2010 dan sampai episod akhir dan nak memulakan siri baru adalah sesuatu yang memeningkan.. Banyak yang kena carry forward dan banyak pula plan yang perlu dilaksanakan.
Tahun 2010 juga adalah tahun yang mencabar dalam segala sisi, tahun yang membuatkan aku berfikir terlalu banyak. Yaa.. semua kehidupan tidak dapat dijalani dengan begitu mudah, kadang-kadang ianya menuntut komitmen yang tinggi dari pelbagi aspek corak kehidupan sama ada pekerjaan, perhubungan dan sebagainya.. Semuanya semata-mata untuk teruskan kehidupan ke arah yang lebih sempurna...
Sempena menyambut tahun 2011, aku ingin mengungkapkan jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang sentiasa memberi support dan nasihat yang sempurna, tidak ketinggalan untuk ahli keluarga yang lain.. TQ


