Jika dahulu Lin Dan adalah musuh tradisi dan pencabar yang digeruni dalam karya Lee Chong Wei, namun sekarang ini Chin Long adalah satu adalah salah satu pemain yang kelihatan berjaya dilahirkan oleh Negara Tembok Besar itu, China. Kekalahan terbaru Lee Chong Wei kepada Chin Long di Terbuka Denmark membuktikan percaturan China tepat pada masanya menjelang Olimpik London 2012.
Satu ketika dahulu kita telah melihat drama pengunduran Lin Dan untuk bermain dengan rakan senegaranya dan kita juga melihat karenah Lin Dan seakan-akan mengelak untuk bertemu dengan Lee Chong Wei dalam setiap perlawanan terutama Super Series untuk memberi ruang kepada rakan senegaranya yang seperti Chin Long, Chin Jin mahupun Chua Boa Lai, itu adalah strategi yang sangat berjaya dilakukan oleh China. China adalah negara yang hebat dan mereka berpontensi menyapu keseluruhan pingat emas dalam semua kategori termasuk acara berpasukan di Olimpik nanti.
Saya rasa sekarang ini China telah mula mengatur strategi pemainnya dalam ranking BWF.
Sedangkan.....
Rakyat Malaysia hanya bergantung kepada Datuk Lee Chong Wei dan pada masa yang sama pasangan beregu lelaki (Tan/Koo dan yang lainnya) tidak menunjukkan prestasi memberansangkan. Ada yang menyinar namun ianya hanya seketika untuk satu atau dua kejohanan sahaja dan tidak konsisten. Apakah pemain itu sendiri cepat berpuashati dengan pencapaiannya?
Saya rasa ramai yang sependapat dengan saya sekiranya saya mengatakan Badminton di Malaysia mengalami fasa kemerosotan yang sangat ketara di samping negara seperti India, Jepun, Korea dan Thailand berjaya menghasilkan pemain yang berkeupayaan bergelar Juara ataupun pencabar dalam jangka masa yang pendek. Malaysia masih tercari cari. Apakah ramuan yang harus diterapkan oleh BAM untuk kem latihan skuad kendaliannya untuk menjadikan Malaysia mempunyai ramai pemain yang digeruni? Ataupun kita mengkaji dari mula termasuk program dan corak latihan atau mengenalpasti sama ada ianya adalah DISIPLIN pemain sendiri?. BAM harus tegas dalam mengendalikan persatuannya untuk mencari pemain yang benar-benar berbakat, berpontensi, BERDISPLIN, dan mempunyai semangat juang yang tinggi demi maruah bangsa, agama dan negara tercinta, MALAYSIA.


